Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Perkhidmatan laluan monorel kembali beroperasi seperti biasa pada jam 7.29 pagi  selepas mengalami gangguan bekalan kuasa.

Rapid KL dalam kenyataan berkata, kerja pembaikan yang diperlukan sudah selesai dijalankan pasukan teknikal bagi memastikan perkhidmatan dapat disambung semula dengan selamat.

“Sehubungan itu, perkhidmatan bas pengantara ulang-alik percuma yang disediakan sepanjang tempoh gangguan telah ditamatkan.

“Pemantauan berterusan terhadap operasi dan pergerakan tren akan dilaksanakan bagi memastikan perkhidmatan terus beroperasi dengan lancar dan stabil,” katanya hari ini.

Rapid KL turut menasihatkan penumpang supaya merujuk saluran media sosial rasmi Rapid KL atau aplikasi MyRapid PULSE untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai perkhidmatan.

“Rapid KL memohon maaf atas segala kesulitan yang dialami penumpang sepanjang tempoh gangguan dan amat menghargai kesabaran serta kerjasama yang diberikan,” katanya.

Terdahulu dilaporkan, perkhidmatan tren bagi laluan monorel pagi tadi mengalami gangguan dan tidak dapat beroperasi buat sementara waktu susulan gangguan bekalan kuasa. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here