Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) merekodkan jualan hampir RM6 juta selepas tiga hari penganjurannya, dengan jumlah pengunjung mencecah 1.8 juta orang.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, jumlah berkenaan menunjukkan perkembangan positif dengan sasaran keseluruhan jualan MAHA ditetapkan sekurang-kurangnya RM58 juta.















