KUALA LUMPUR – Empat buah rumah termasuk surau musnah terbakar dalam kejadian di Lorong Keramat 4, Kampung Datuk Keramat, di sini awal pagi tadi.
Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur (PGOKL) berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian menerusi NG999 pada jam 3.10 pagi.
Serentak itu, seramai 30 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Tun Razak dibantu BBP Setapak, BBP Keramat dan BBP Titiwangsa bersama jentera ke lokasi kejadian.
Sebaik tiba di lokasi, Pegawai Kanan Bomba II, Mohd Farid Hussin memaklumkan kebakaran tersebut melibatkan empat buah rumaah termasuk surau.
“Rumah pertama musnah terbakar 100%, rumah kedua terbakar 20 peratus , surau pula terbakar 40 peratus manakala rumah keempat hanya dua penghawa dingin terbakar dua peratus
Bagaimanapun, kejadian tidak melibatkan mangsa dan operasi tamat sepenuhnya pada jam 5.30 pagi,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Tambahnya, punca kebakaran masih dalam siasatan. – MalaysiaGazette
















