Presiden MUDA, Amira Aisya Abdul Aziz

JOHOR BAHRU – Kerajaan perlu beri penjelasan berkenaan jaminan bekalan tenaga elektrik untuk kegunaan rakyat apabila banyak pusat data siap dibina dan beroperasi pada November ini.

Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Amira Aisya Abd Aziz berkata, jaminan dan penjelasan itu perlu kerana dalam keadaan sekarang pusat data yang ada menggunakan hampir 10 peratus bekalan tenaga elektrik.

“Jadi ada dua soalan penting kepada kerajaan yang kita nak tahu dan kita nak dengar jawapan dalam bajet akan datang. Satu, macam mana kerajaan nak jamin bekalan tenaga akan cukup, terutamanya untuk rakyat biasa?

“Bekalan elektrik di kawasan pedalaman pun ada tak ada, inikan kerajaan nak pastikan bekalan elektrik terus ada dengan tambah lagi permintaan daripada pusat data,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, kedua, apa kesan terhadap alam sekitar apabila pusat data banyak dibina dan beroperasi di Malaysia.

“Belum tambah lagi dengan soalan saya sebelum ini tentang bekalan air kita dalam negara kita. Jadi apa yang kerajaan nak buat dengan bekalan bekalan tenaga dan bekalan bekalan air,” soalnya.

Katanya, persoalan itu dilontarkan kerana  Suruhanjaya Tenaga (ST) satu badan kerajaan yang kawal selia bekalan elektrik di negara ini baru sahaja umumkan yang penggunaan elektrik oleh pusat data mencecah 9.28 peratus daripada keseluruhan penggunaan tenaga.

Jelas beliau, ini maksudnya lebih kurang 10 peratus bekalan tenaga yang digunakan di negara ini digunakan oleh pusat data.

“Tak kiralah pusat data yang di Johor, Selangor ke atau pun mana-mana pusat data yang akan datang, bekalan tenaga akan digunakan dengan lebih banyak.

“Kenapa? Sebab pusat data kena ada sistem penyejuk atau cooling system yang pastikan data-data yang disimpan tak overheat dan terbakar,” ujarnya.

Tambah pula katanya, keadaan cuaca negara ini yang sentiasa panas akan memerlukan sistem penyejuk itu. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here