Naib Presiden PAS, Datuk Idris Ahmad bercakap ketika ditemui wartawan selepas hadir pada Perhimpunan Agung UMNO 2026 di Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur. Foto SADIQ SANI, 11 SEPTEMBER 2026.

KUALA LUMPUR – Kehadiran beberapa pemimpin tertinggi Pas pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 hari ini dilihat mampu melengkapkan kepada kerjasama politik di negara ini.

Naib Presiden PAS, Datuk Idris Ahmad turut mengakui kerjasama dua parti terbesar orang Melayu sebenarnya sudah bermula berputik untuk kebaikan penyatuan ummah.

“Sebenarnya kerjasama sekarang sudah berjalan pun. Kita memang sudah mengarahkan semua ahli bawah (Pas) kita menjalin hubungan untuk meneroka bersama-sama ahli bawah (UMNO),” katanya ketika ditemui media selepas Ucapan Dasar Presiden pada PAU 2022 di Pusat Dagangan Dunia (WTCKL) di sini.

Selain Idris, turut hadir, Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Ketua Penerangannya, Ahmad Fadhli Shaari serta Ahli Parlimen Bachok merangkap Setiausaha Politik Presiden Pas. Mohd Syahir Che Sulaiman.

Mengulas lanjut, Idris memberitahu, kehadiran mereka sebagai kunjungan balas atas kehadiran Setiausaha Agung UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki pada Muktamar Pas minggu lalu.

Jelas beliau, usaha itu menunjukkan bagaimana kerjasama dua parti politik itu mula terjalin di mana teras politik negara adalah orang Melayu.

“Alhamdulillah kehadiran kami ini ialah wakil yang orang panggil kunjungan balas, orang berbudi kita berbahasa, orang datang, kita pun datang baliklah.

“Sudah tentu kata teras politik Malaysia ini sudah tentu terasnya adalah orang Melayu kita,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here