Perkhidmatan bas perantara khas ke Litar Antarabangsa Sepang ini akan disediakan dari HUB Bas Aras 1, KLIA Terminal 2; HUB Bas, Mitsui KLIA dan De-Village, Persiaran Miilenia 2, Bandar Baru Enstek.

KUALA LUMPUR – Rapid KL, dengan kerjasama Sepang International Circuit (SIC), akan menyediakan perkhidmatan bas perantara khas percuma sempena acara perlumbaan antarabangsa yang bakal berlangsung dari 2 hingga 4 Oktober 2026 di Litar Antarabangsa Sepang.

Sebanyak 95 buah bas disediakan bagi perkhidmatan bas perantara khas secara ulang-alik (loop service), sekali gus memastikan pergerakan pengunjung dari lokasi tumpuan ke kawasan acara dapat dilaksanakan dengan lebih mudah dan selesa.

Perkhidmatan bas perantara khas ke Litar Antarabangsa Sepang ini akan disediakan dari HUB Bas Aras 1, KLIA Terminal 2; HUB Bas, Mitsui KLIA dan De-Village, Persiaran Miilenia 2, Bandar Baru Enstek.

Bagi melengkapkan perkhidmatan tersebut, Rapid KL turut menyediakan perkhidmatan bas perantara dalam kawasan litar bagi memudahkan pergerakan pengunjung ke lokasi utama.

Waktu operasi perkhidmatan adalah dari jam 7 pagi hingga 12 tengah malam sepanjang 2 hingga 4 Oktober 2026.

Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Bus Sdn. Bhd., Syahrul Azmir Ahmad Zaki berkata, penyediaan perkhidmatan tersebut mencerminkan komitmen Rapid KL dalam menyokong penganjuran acara bertaraf antarabangsa serta menggalakkan penggunaan pengangkutan awam.

“Penganjuran acara perlumbaan berprestij antarabangsa di Sepang International Circuit ini merupakan detik yang amat dinantikan oleh para peminat sukan permotoran tanah air. Rapid KL berbangga dapat bekerjasama dalam menjayakan acara ini dengan menyediakan kemudahan pengangkutan bagi membantu memudahkan pergerakan pengunjung,” katanya.

Bagi memastikan operasi berjalan lancar dan selamat, kesemua bas akan menjalani pemeriksaan keselamatan serta dipantau secara berterusan sepanjang tempoh perkhidmatan.

Pasukan petugas Rapid KL turut ditempatkan di lokasi-lokasi strategik sekitar kawasan acara bagi membantu dan mengawal pergerakan penumpang.

Rapid KL menasihatkan pengunjung merancang perjalanan lebih awal, mematuhi arahan petugas dan beratur ketika menggunakan perkhidmatan bas yang disediakan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here