Bekas wartawan Melodi, Muhammad Zamzuri Zaini.

KUALA LUMPUR – Bekas wartawan Melodi, Muhammad Zamzuri Zaini atau lebih dikenali sebagai Ayau meninggal dunia pagi ini ketika sedang menunggu jenazah ibu mentuanya.

“Muhamad Zamzuri Zaini (Ayau) sudah kembali ke Rahmatullah lebih kurang 10 pagi tadi. Ayau berada di Masjid Al Mujahideen, Damansara Utama dan sedang menunggu jenazah ibu saya untuk disolatkan dan tiba-tiba pengsan, dipercayai mengalami serangan jantung.

“Kami membawanya ke Hospital KPJ Damansara, dan doktor sudah cuba menyelamatkannya selama lebih kurang 20 minit tetapi gagal. Doktor percaya jantung Ayau sudah berhenti ketika di masjid lagi,” katanya kepada media.

Jenazah akan dibawa ke Masjid Nurul Hidayah, Kampung Pandan untuk disempurnakan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Permai, Ampang.

Alita yang masih lagi menguruskan pengebumian ibunya, bagaimanapun belum dapat memastikan masa pengebumian Ayau dan akan berkongsi maklumat selepas ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast