Syarikat pengendali umrah dan pelancongan antarabangsa Fa Izin menawarkan kelainan dalam pakej umrah. Terbaharu Fa Izin meraikan para jemaahnya yang menyambut ulang tahun kelahiran pada bulan mereka menunaikan umrah.
Krew MalaysiaGazette yang berpeluang membuat liputan salah satu pakej umrah Fa Izin turut berkesempatan menyertai jamuan ringkas tapi amat bermakna kepada para jemaah menyambut ulang tahun kelahiran di Tanah Suci.















