Home Dunia Kakitangan rel mogok, sistem pengangkutan Perancis terjejas

Kakitangan rel mogok, sistem pengangkutan Perancis terjejas

PARIS – Perkhidmatan rangkaian rel Perancis terjejas berikutan tunjuk perasaan menentang reformasi buruh yang dilaksanakan oleh Presiden Emmanuel Macron.

Mogok itu digelar “Black Tuesday” dijangka berlarutan selama tiga bulan.

Kesatuan pekerja kereta api SNCF berkata, mogok itu akan dilakukan setiap dua hari dalam setiap lima hari.

Mogok itu disertai oleh kakitangan di kereta api SNCF tetapi sektor tenaga dan pengumpulan sampah turut terjejas.

Mogok itu dilihat sebagai cabaran terbesar Macron sejak pemilihannya pada Mei lalu.

Kesatuan pekerja itu reformasi yang dilakukan oleh Macron dengan alasan untuk menangani masalah hutang SNCF akan hanya membuka jalan ke arah penswastaannya.

Namun perkara itu dinafikan oleh Perdana Menteri, Édouard Philippe tetapi menegaskan cadangan itu bertujuan untuk mengubah status quo yang tidak lagi dapat dipertahankan.

SNCF memberi amaran gangguan lebih besar dijangka berlaku pada hari Rabu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast