Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai berucap pada pelancaran Manifesto MCA Pilihan Raya Umum ke-14 di Dewan San Choon, Wisma MCA, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 08 APRIL 2018

KUALA LUMPUR – DAP tidak mempunyai pendirian dan prinsip sehingga sanggup menggadaikan lambang roket demi meraih undi Melayu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) Mei ini.

Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, DAP juga telah kehilangan maruah diri untuk bersama dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad.

“Kalau kita lihat tindakan itu, ramai ahli-ahli DAP sudah kesal dengan DAP.

“Saya rasa mereka tak serasi dan tidak mempunyai teras konsensus seperti Barisan Nasional (BN)”,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Manifesto MCA untuk  PRU14 di Wisma MCA pagi hari ini.

Tiong Lai berkata DAP dan parti-parti pembangkang lain lebih bersifat individu dengan masing-masing mempunyai agenda dan ideologi.

Katanya, BN tahu pembangkang tidak konsisten dan terus membawa pembohongan selain menanam kebencian kepada kerajaan dan memecahbelahkan rakyat.

“Saya tidak merasakan mereka konsisten dengan keputusan mereka kerana DAP kata nak bertanding atas logo PKR tapi masih berkempen menggunakan logo DAP.

“Maka DAP tidak akan memberi tentangan hebat seperti yang dijangkakan ramai pihak di luar sana ekoran penggadaian roket ini.

“Dia perlu bekerja keras untuk yakinkan ahli parti DAP sendiri dan saya pasti dia (DAP) tidak mampu mencabar BN,” kata beliau. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast