Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan

SHAH ALAM- Enam saksi telah dirakam keterangan bagi membantu siasatan polis berhubung kes seorang guru yang didakwa mempunyai hubungan istimewa dengan anak muridnya yang berusia 12 tahun di sebuah sekolah di Dengkil, Sepang.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussien Omar berkata, antara yang dipanggil untuk dirakam keterangan adalah mangsa, bapa mangsa, guru dan juga murid.

Polis juga katanya telah merampas telefon bimbit milik mangsa dan suspek.

“Murid tersebut tidak mempunyai sebarang masalah disiplin di sekolah dan seorang pelajar cemerlang dalam akademik dan kokurikulum,” katanya.

Sementara itu, siasatan terhadap suspek mendapati, guru berkenaan telah berkhidmat selama lima tahun dan merupakan seorang duda yang mempunyai tiga anak.

Menurut Hussien memberitahu proses siasatan hampir selesai dan pihaknya sedang menunggu laporan perubatan sebelum diserah kepada pihak pendakwa raya untuk tindakan lanjut.

Sebelum ini, bapa mangsa mendakwa guru lelaki berkenaan mempunyai hubungan luar biasa bersama anaknya.

Perkara itu selepas menyedari anak perempuannya kerap berhubung dengan guru berusia 30-an itu melalui aplikasi TikTok, Love8, dan WhatsApp dalam keadaan mencurigakan.

Menurut bapa mangsa, perbualan atau komunikasi antara kedua-dua pihak itu juga tidak mencerminkan hubungan seorang guru dan murid.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast