Salah sebuah rumah terjejas banjir kilat di Lumut. Foto APM Perak

IPOH – Hujan lebat berterusan sejak tengah malam tadi mengakibatkan 40 rumah di sekitar Lumut dan Sitiawan terjejas dengan kejadian banjir kilat hari ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Manjung memaklumkan, berlaku kejadian hujan lebat sekitar pukul 12 tengah malam dan 2 pagi masing-masing di Mukim Sitiawan dan Lumut.

Menurutnya, ekoran itu berlaku limpahan air dari longkang dan parit, yang akhirnya mengakibatkan kejadian banjir kilat sehingga menjejaskan beberapa buah rumah.

Katanya, sebanyak sembilan rumah iaitu masing-masing empat di Kampung Batu 3 dan lima di Kampung Batu 5 Segari di Lumut terjejas bencana alam itu.

“Hujan lebat menyebabkan air dari parit melimpah dan memasuki kediaman awam.

“Selain itu, jalan utama yang menghubungkan Lumut ke Pantai Remis turut dinaiki air,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya lagi, sementara di Sitiawan, sebanyak 10 rumah di Taman Hijau dan 21 buah di Taman Sri Mawar terjejas banjir kilat, namun air di kawasan berkenaan telah surut sepenuhnya setakat pagi ini.

“Cuaca di kedua-dua mukim dalam keadaan hujan renyai, dengan air di longkang dan parit masih melimpah.

“Keadaan masih dalam dalam pemantauan, namun paras air dijangka terus surut dalam masa terdekat,” katanya lagi.

Difahamkan tiada Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka memandang situasi terkawal. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast