Mohamed Khaled Nordin

KUALA LUMPUR – Lawatan Presiden China, Xi Jinping ke Malaysia tiada kaitan dengan isu kenaikan tarif oleh Amerika Syarikat (AS).

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, lawatan tersebut sudah dirancang beberapa bulan yang lalu, sebelum isu berkenaan timbul.

Sehubungan itu, beliau menggesa supaya semua pihak tidak membuat andaian terhadap lawatan Jinping yang akan bermula esok itu.

“Lawatan ini telah dirangka (terlebih dahulu). Dalam setiap lawatan pemimpin-pemimpin besar bukan dibuat mengejut, dirangka berbulan-bulan dan sebagainya.

“Pada ketika itu, kita tidak menjangkakan ada isu tarif dan sebagainya,” katanya ketika ditemui di Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2025 Kementerian Pertahanan di Kem Kementah, hari ini.

Khaled berkata, lawatan rasmi tersebut merupakan pengiktirafan dan rasa hormat China kepada Malaysia yang bakal menjadi pengerusi persidangan ASEAN tidak lama lagi.

Bagaimanapun katanya, isu tersebut tentu akan dibincangkan memandangkan ia kini menjadi perkara yang memberi kesan banyak negara.

Semalam, Kementerian Luar menerusi kenyataan memaklumkan bahawa lawatan bermula esok hingga 17 April itu adalah atas jemputan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Sempena lawatan itu, Xi akan disambut dengan istiadat sambutan negara dan diikuti dengan kunjungan menghadap ke atas Sultan Ibrahim di Istana Negara.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast