SHAH ALAM – PKR mengesahkan timbalan presidennya, Datuk Seri Rafizi Ramli hadir mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) yang diadakan di sini semalam.

Di sebalik desas-desus Rafizi yang sedang bercuti dari jawatan Menteri Ekonomi, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar berkata, Ahli Parlimen Pandan itu hadir pada mesyuarat yang diadakan di Sri Perdana.

“Semalam (Rafizi) hadir, kita bincang mengenai keputusan Pemilihan PKR, baik Alhamdulillah,” katanya ketika ditemui dalam dalam program Temu Anwar IPTS di Dewan Canselor Management and Science University (MSU) hari ini.

Semalam, tular satu gambar Rafizi yang memakai berkotak hitam putih yang duduk di sebelah Anwar.

Gambar itu dimuat naik ahli MPP PKR, Hans Isaac di InstaStory beliau.

Mesyuarat yang diadakan itu turut membincangkan keputusan Pemilihan PKR 2025 peringkat Ahli Jawatankuasa, Wanita dan Angkatan Muda Keadilan Cabang yang berlangsung pada bulan April lalu.

Menurut Setiausaha Agungnya, Dr Fuziah Salleh, mesyuarat MPP telah mendengar semua isu berkaitan pemilihan dan berpuashati untuk mengesahkan keputusan Pemilihan PKR 2025.

Sebelum ini, media melaporkan Rafizi meluahkan hasrat untuk meletak jawatan dalam satu mesyuarat bersama penyokongnya yang diadakan selepas mesyuarat MPP PKR pada 23 April ini.

Bagaimanapun, sumber menafikan khabar angin Rafizi telah mengosongkan pejabatnya.

Turut didakwa Rafizi juga meluahkan hasrat meletak jawatan kerana tidak berpuas hati dengan sistem pemilihan parti yang dianggap tidak adil. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast