A boy runs with a Palestinian flag atop a mound of rubble at a camp for people displaced by conflict in Bureij in the central Gaza Strip on January 17, 2025 following the announcement of a truce amid the ongoing war between Israel and Hamas. Photo AFP

GAZA – Hamas mengulangi pendiriannya untuk  menolak idea Presiden Donald Trump untuk mengambil alih Gaza dan menegaskan wilayah itu tidak dapat dipisahkan dari Palestin.

Pegawai Kanan Hamas, Basem Naim berkata, Gaza bukan untuk dijual.

Ketika bercakap di forum perniagaan di Qatar, Trump mengulangi rancangannya untuk mengubah Gaza.

Beliau yang juga bekas Menteri Kesihatan Gaza bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza mesti dibenarkan masuk sebelum sebarang perbincangan dengan Israel.

Katanya, Israel mesti menarik balik sekatan ke atas makanan dan ubat-ubatan untuk perbincangan bergerak ke hadapan.

Presiden Amerika Syarikat itu berkata, tiada apa lagi untuk diselamatkan di wilayah Palestin.

Trump mula mengemukakan ideanya pada Februari 2025 dan menghadapi kritikan kuat daripada antarabangsa, rakyat Palestin, negara Arab.

Malah, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memberi amaran bahawa idea itu boleh membawa kepada pembersihan etnik.

Trump mencadangkan untuk memindahkan penduduk Gaza ke negara jiran, tetapi rancangan itu ditolak oleh Mesir, Jordan, dan kumpulan antarabangsa.

Namun, kenyataan terbaharu beliau telah mencetuskan semula kebimbangan global mengenai niat AS di Gaza. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast