gambar hiasan

KUANTAN – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (Kraftangan Malaysia) menganjurkan Festival Kraf Pantai Timur (FKPT) 2025 bermula semalam.

Menerusi kenyataan media FKPT diadakan hingga 3 Jun 2025 itu bermula jam 10 pagi sehingga 10 malam di Pusat Beli Belah East Coast Mall, di sini.

FKPT 2025 bertujuan bagi menyediakan platform kepada usahawan kraf untuk mempromosi dan mengkomersialkan produk kraf Malaysia kepada masyarakat tempatan dan pelancong serta meningkatkan pengetahuan dan kesedaran masyarakat terhadap produk kraf beridentitikan Malaysia.

Penganjuran FKPT 2025 berlangsung selama 13 hari ini menampilkan pelbagai aktiviti menarik seperti Jualan Produk Kraf, Interaktif Kraf, Pameran ‘Ini Kraf Malaysia’, Kempen Jom Masuk Institut Kraf Negara dan Institut Kemahiran Tenun Pahang Diraja.

Selain itu turut diadakan aktiviti galakan pengunjung seperti lawatan berpandu kumpulan, cabutan bertuah, pertandingan meneka berat produk tembikar terenang, pertandingan meneka jumlah benang kain tenun diraja, pertandingan mewarna batik, pertandingan batu seremban dan permainan congkak.

“Pengunjung berpeluang menyaksikan aktiviti demonstrasi kraft yang merupakan salah satu aktiviti perkongsian pengetahuan kepada pengunjung berkaitan seni kraf tempatan.

“Antara aktiviti demonstrasi kraf yang disediakan seperti demonstrasi ukiran kayu, mencanting batik, anyaman mengkuang, logam perak dan Tenun Pahang  Diraja,” katanya.

Sebarang maklumat lanjut berkaitan program boleh menghubungi Kraftangan Malaysia Cawangan Pahang di talian 09-538 4598. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast