Foto: Kastam Kelantan

KOTA BHARU – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan merampas lebih 1.72 juta batang rokok seludup pelbagai jenis dianggar bernilai RM1.48 juta termasuk cukai dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Babong, di sini, bulan lepas.

Pengarahnya, Wan Jamal Abdul Salam Wan Long berkata, serbuan pada 10.30 pagi, 7 Mei itu menemukan sebahagian rokok berkenaan di dalam rumah dan bakinya di dalam but sebuah kereta.

“Berdasarkan siasatan, premis itu disewa untuk dijadikan tempat penyimpanan rokok seludup manakala kenderaan berkenaan digunakan bagi mengedar rokok terbabit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(e) dan Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast