Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra dengan jemaah ketika hadir menunaikan solat Jumaat di Surau Al Ikhwan, Jalan Pinggiran Putra, Selangor. Foto SADIQ SANI, 06 JUN 2025
KAJANG – Pemberhentian kira-kira 5,000 kakitangan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) dalam proses penstrukturan semula syarikat minyak negara itu membabitkan penjawatan berstatus kontrak.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan Kabinet akan mengeluarkan kenyataan mengenai perkara itu dalam masa terdekat.
“Ramai yang kontrak (ditamatkan perkhidmatan) dan kita akan keluarkan kenyataan nanti,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Terdahulu beliau menunaikan solat Jumaat di Surau Al-Ikhwan, Jalan Pinggiran Putra, di sini.
Sebelum ini, media melaporkan Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Petronas, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz berkata, pihaknya mengurangkan 10 peratus pekerja dalam proses penstrukturan semula syarikat minyak negara itu.
Tengku Muhammad Taufik berkata, langkah itu susulan keadaan keseluruhan industri minyak dan gas tidak berapa baik pada masa ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast