Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Polis akan merakam keterangan bapa kepada kanak-kanak lelaki yang maut terjatuh dari tingkat 30 sebuah apartment di Bukit Jalil di sini hari ini bagi membantu siasatan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superintendan Ridzuan Khalid berkata, lelaki warga tempatan itu akan direkod keterangan pada Sabtu kira-kira pukul 9 malam.

“Kita masih menjalankan siasatan berhubung kes ini dan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat.

“Selain itu, polis juga akan merakam keterangan pakar dan saksi lain untuk siasatan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan  ringkas hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan, ibu serta bapa saudara kanak-kanak lelaki yang maut terjatuh dari tingkat 30 sebuah pangsapuri di Bukit Jalil pada Jumaat lalu ditahan untuk siasatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Aidil Bolhassan berkata, kedua-dua suspek yang ditahan itu merupakan warga Indonesia berumur 27 dan 25 tahun.

Terdahulu, seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun maut selepas dipercayai terjatuh dari balkoni rumahnya di tingkat 30 sebuah pangsapuri di Bukit Jalil. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast