Gambar UPSI

KUALA LUMPUR – Proses pengebumian kesemua jenazah pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terlibat dalam kemalangan telah selesai berakhir jam 10.39 pagi tadi.

Nahas yang berlaku di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli sekitar 12.30 pagi semalam telah melibatkan kematian 15 individu pelajar UPSI.

UPSI menerusi hantaran di media sosial, merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam melancarkan urusan ini.

“Sama-sama kita terus mendoakan agar roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast