KUALA LUMPUR – Seramai 13 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang meninggal dunia dalam nahas di Lebuhraya Timur-Barat dekat Tasik Banding, baru-baru ini dikecualikan pembayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd. Kadir berkata, kesemua mereka mendapat manfaat penyelesaian keseluruhan hutang pinjaman mereka melalui Skim Perlindungan Takaful Berkelompok.

Selain itu, katanya, semua waris 13 pelajar tersebut juga akan menerima khairat kematian berjumlah RM1,500.

Dalam tragedi yang menyayat hati itu seramai 15 orang pelajar UPSI meninggal dunia.

Kejadian itu berlaku ketika bas yang disewa oleh kumpulan pelajar tersebut dalam perjalanan pulang semula ke kampus UPSI di Tanjung Malim, Perak dari Jerteh, Terengganu selepas cuti Aidiladha.

Semasa kejadian, bas berkenaan membawa 44 orang termasuk 42 pelajar UPSI. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast