Rakaman CCTV memaparkan lima individu cubaan memecah masuk sebuah rumah di Taman Jasmin di Kajang, Selangor, kelmarin.

KUALA LUMPUR – Polis sedang memburu lima individu yang dipercayai terlibat dalam cubaan memecah masuk sebuah rumah di Taman Jasmin, Kajang, Selangor, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu daripada pemilik rumah pada 10.10 malam.

Katanya, lelaki merupakan kontraktor berusia 66 tahun dimaklumkan jirannya terlihat beberapa lelaki tidak dikenali berkeliaran d luar pagar belakang rumahnya sekitar jam 8.30 malam.

“Pemeriksaan kamera litar tertutup (CCTV) mendapati terdapat sekurang-kurangnya lima lelaki memakai pakaian serba hitam datang dari arah hutan belakang rumah pengadu.

“Suspek bertindak memanjat tembok pagar dan cuba memasuki bahagian belakang rumah pengadu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Naazron, siasatan mendapati terdapat kesan kerosakan pada pintu dan tingkap belakang rumah, namun mangsa tidak mengalami sebarang kerugian.

Susulan itu katanya,, polis sedang menjalankan siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan giat mengesan suspek.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu atau melihat kehadiran individu tidak dikenali di kawasan mereka supaya tampil menyalurkannya dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Sarjan Mohd Khairul Hafi Abd Ghani di talian 018-4027665 atau Pusat Kawalan Daerah Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kajang di talian 03-89114242,” jelasnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast