Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil bercakap pada sidang media selepas merasmikan Majlis Pelancaran TV5 Free-to-Air Digital Movie Channel di Dadi Cinema, Pavilion Kuala Lumpur. Foto MUHAIMIN MARWAN, 5 MEI 2024

PUTRAJAYA – Kerajaan dijangka membentangkan Draf Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) di Parlimen pada 28 Julai ini.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, taklimat RMK13 kepada jemaah menteri disampaikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi, Datuk Nor Azmie Diron, hari ini.

“Menteri-menteri telah menerima rangkuman, ringkasan daripada draf tersebut yang akan dibentang dalam sidang parlimen pada bulan Julai depan.

“Perdana Menteri telah meminta supaya setiap kementerian meneliti draft yang telah dibentangkan dan memberi maklum balas kepada Kementerian Ekonomi dalam masa terdekat.

“Sebelum ia dimuktamadkan bagi persiapan pembentangan di Parlimen kelak,” katanya dalam sidang media selepas pasca Mesyuarat Jemaah Menteri, di sini, hari ini.

Pada Jumaat lalu, Perdana Menteri dilaporkan berkata, RMK13 2026-2030 akan menjadi titik tolak kepada usaha kerajaan dalam menangani cabaran ekonomi negara.

Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan berkata, cabaran itu termasuk kesenjangan pembangunan dan pendapatan, ruang fiskal yang terhad dan peralihan struktur ekonomi yang perlahan.

Draf berkenaan juga bakal mengambil kira maklum balas pelbagai pemegang taruh termasuk kerajaan negeri, sektor swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat sivil sebelum ia dimuktamadkan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast