PUTRAJAYA – Kerajaan mengambil maklum dan memandang serius berhubung maklum balas rakyat mengenai pelaksaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).
Bagaimanapun, Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, tiada perbincang terperinci berhubung isu itu dalam Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini.
“Perkara ini tidak dibincangkan secara mendalam dalam Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini namun saya dimaklumkan bahawa Menteri Kewangan Kedua akan memberi penjelasan lanjut sama ada melalui medi atau kenyataan rasmi,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas pasca Mesyuarat Jemaah Menteri di sini hari ini.
Tambah Fahmi, langkah itu turut menunjukkan usaha kerajaan dalam mengimbangkan antara keperluaan pembangunan dan kebajikan rakyat.
“Hasil kutipan (SST) ini akan disalurkan kepada pembinaan seperti sekolah dan hospital dengan pengurusan kewangan secara berhemah dalam membanteras rasuah.
“Insyallah peluasan SST ini diharap dapat memberi manfaat kepada lebih ramai rakyat,” ujarnya. – MalaysiaGazette
















