Seorang lelaki maut selepas ditunggangnya melanggar bahagian sisi sebuah treler dalam kejadian di Jalan Persiaran Ros Bukit Sentosa, Selangor. Foto tular

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya melanggar bahagian sisi sebuah treler dalam kejadian di Jalan Persiaran Ros Bukit Sentosa, Selangor.

Pemangku Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, DSP Mohd Asri Mohd Yunus berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu sekitar jam 4 petang, semalam.

“Siasatan mendapati, treler yang dipandu lelaki tempatan berusia 58 tahun dalam perjalanandari Klang menuju ke Bukit Sentosa untuk mengambil muatan dan berada di lorong kiri untuk membuat pusingan U.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, tiba-tiba datang motosikal mangsa dari lorong kanan dan tidak sempat mengelak lalu melanggar sisi kanan kenderaan itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, akibat kejadian itu mangsa berusia 57 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi terbabit dan telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat.

Tambah Mohd Asri, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan orang ramai diminta menyalurkan maklumat berkaitan kemalangan itu bagi membantu siasatan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast