Bintang Thailand, Picha Autra.

KUALA LUMPUR – Nama bintang Thailand, Picha Autra kini dikaitkan semakin hampir menyertai perpindahan ke naib juara Liga Super musim 2024/25, Selangor FC.

Portal Think Curve melaporkan, pemain tengah berusia 29 tahun memilih meninggalkan kelab Muangthong United pada akhir musim lalu yang membuka jalan kepada Selangor memuktamadkan perpindahan bekas kapten kelab Muangthong United itu.

Kelab itu itu beraksi di  Liga 1 Thai iaitu  liga bola sepak liga teratas Thailand

Picha bukan asing dengan Merah Kuning Kerana mengetuai cabaran The Kirins  itu menentang Selangor dalam saingan Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2) musim lalu.

Dia membantu Muangthong mengikat Selangor 1-1 dalam aksi pertama Kumpulan H pada 19 September 2024 dan disusuli kejayaan menewaskan Merah Kuning 2-1 di Stadium MBPJ pada 28 November lalu.

Picha dijangka menyertai seorang lagi bintang liga Thailand, Chrigor Moraes di mana penyerang Buriram United itu dilaporkan menjadi pilihan Selangor menggantikan Ronnie Fernandez. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast