Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar.

KUALA LUMPUR – Seorang lagi jemaah haji Malaysia meninggal dunia di Tanah Suci hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan 20 kematian setakat ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata kematian melibatkan jemaah dari Johor iaitu Siti Meriam Shahbudin, 79, yang menghembuskan nafas terakhir di Hotel Mubarak, Makkah pagi tadi akibat serangan jantung.

“Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Almarhumah, menerima segala amal ibadah haji dan menempatkannya dalam kalangan para solihin.

“Kepada waris serta ahli keluarga, semoga diberi ketabahan dan kekuatan menghadapi ujian ini. Al-Fatihah,” katanya, yang turut mengucapkan takziah menerusi hantaran di Facebook hari ini.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast