PUTRAJAYA – Pelantikan individu bagi mengisi kekosongan jawatan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) akan diumumkan dalam tempoh terdekat.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, calon yang bakal mengisi jawatan yang kosong sejak Februari lalu itu sudah dikenal pasti.
“Dalam proses (pelantikan), (dalam waktu) terdekat ini kita akan buat pengumuman,” katanya ketika ditemui pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini, hari ini.
Hadir sama, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah; Ketua Setiausaha KDN, Datuk Awng Alik Jeman dan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail.
Jawatan Ketua Pengarah AKPS kosong selepas penyandangnya, Datuk Seri Hazani Ghazali bersara pada 10 Februari lalu.
Susulan itu, beberapa pihak antaranya Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) melahirkan kebimbangan mengenai kelewatan pelantikan Ketua Pengarah AKPS yang baharu dan menggesa kekosongan diisi secepat mungkin. – MalaysiaGazette
















