fb Terengganu FC

KUALA TERENGGANU – Bekas pemain sayap Sri Pahang FC Muhamad Baqiuddin Shamsudin sah menjadi milik Terengganu FC (TFC).

Berita itu dikongsi pihak pengurusan Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFCSB) menerusi laman Facebook rasmi TFC sebentar tadi.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Mohd Syahrizan Mohd Zain berkata pemain berusia 31 tahun itu merupakan pemain baharu pertama yang menandatangani kontrak bagi musim 2025/2026 bersama pasukan itu.

“Muhamad Baqiuddin bakal menyarung jersi 77 dan akan menjalani latihan bersama pasukan pada 1 Julai ini.

“Kehadiran beliau sudah pasti memberi pilihan untuk mevariasikan corak serangan pasukan memandangkan kualitinya yang lincah dan kelajuan yang baik,” katanya dalam kenyataan itu.

Mohd Syahrizan berkata kehadiran pemain berketinggian 1.65 meter itu juga diharap dapat membantu mengukuhkan kubu pertahanan pasukan.

Selain Muhamad Baqiuddin, seorang lagi bekas pemain Tok Gajah dikhabarkan bakal menyertai TFC musim ini. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast