KUALA LUMPUR – Syarikat pelancongan yang beroperasi sejak 2013 di bawah nama Al Fateh Travel & Tour Services Sdn Bhd kini melangkah ke fasa baharu dengan penjenamaan semula sebagai Olive & Rose Travel Services Sdn Bhd.
Syarikat itu kembali beroperasi dengan semangat baharu, lebih segar dan profesional selepas pandemik Covid-19 demi menyantuni duyufurrahman serta memperluaskan rangkaian perkhidmatannya ke peringkat yang lebih tinggi.
Penjenamaan semula itu turut menyaksikan perpindahan operasi dari Shah Alam ke lokasi baharu yang lebih strategik di Damansara Perdana dengan lokasi terkini di 2-7, Perdana The Place, Jalan PJU 8/5G, Bandar Damansara Perdana, Petaling Jaya, Selangor.

Menurut kenyataan rasmi pihak pengurusannya, perubahan nama dan lokasi berkuat kuasa serta-merta.
Semua urusan rasmi selepas ini hendaklah menggunakan maklumat baharu tersebut.
“Transformasi ini mencerminkan komitmen kami untuk memberikan perkhidmatan terbaik bukan sekadar memenuhi kehendak pelanggan, malah melebihi jangkaan mereka.
“Kami kini menawarkan pelbagai pakej pelancongan dalam dan luar negara termasuk pakej umrah yang diurus secara profesional dan diyakini dengan harga yang menarik,” ujar wakil Olive & Rose Travel Services dalam kenyataan.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai pakej dan perkhidmatan yang ditawarkan dengan harga yang menarik boleh menghubungi Olive & Rose Travel di talian 03-7732 2026.
Olive & Rose Travel Services merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas sokongan berterusan daripada pelanggan dan rakan niaga dan berazam untuk terus mencipta pengalaman perjalanan yang bermakna selaras dengan hala tuju baharu syarikat. – MalaysiaGazette
JOM BERCUTI BERSAMA OLIVE & ROSE
Promo Mid Year Sales Olive & Rose Travel
Cuti-cuti Pulau Olive & Rose Travel Services
















