Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Antonio Guterres. - Foto AFP

HAMILTON, KANADA – Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres pada Isnin, mengecam serangan peluru berpandu Iran ke atas pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS) di Qatar.

“Setiausaha Agung amat bimbang dengan peningkatan konflik yang semakin meruncing di Timur Tengah,” kata satu kenyataan dari pejabat jurucakap Guterres.

Ia turut mengulangi agar konflik antara Iran dan Israel itu dihentikan, selain menggesa semua negara anggota PBB untuk mematuhi kewajipan mereka di bawah Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan undang-undang antara bangsa yang lain.

Iran melancarkan serangan peluru berpandu ke atas Pangkalan Tentera Udara Al Udeid milik AS di Qatar pada hari Isnin, menandakan peningkatan ketara dalam ketegangan susulan serangan oleh AS ke atas tiga tapak nuklear Iran di Iran pada hujung minggu.

Agensi berita rasmi IRNA juga melaporkan bahawa serangan peluru berpandu serentak turut dilancarkan ke arah pangkalan-pangkalan tentera AS lain di Iraq, namun tidak memberikan butiran lanjut. -AGENSI

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast