Dua suspek sebelum ini direman selama tiga hari yang berakhir esok.

GEORGE TOWN – Pemuda yang bertindak tumbuk dan gigit dada anggota yang bertugas di pos pengawal Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang akan didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, esok.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, suspek berusia 20 tahun itu berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.

“Kita telah mendapat arahan daripada pejabat timbalan pendakwa raya untuk mendakwa suspek esok manakala rakannya dijadikan saksi pendakwaan,” katanya hari ini.

Media semalam melaporkan dua lelaki berusia 19 dan 20 tahun yang dipercayai berada dalam keadaan mabuk bertindak agresif terhadap anggota polis yang bertugas di pos pengawal, ketika pemeriksaan dijalankan terhadap mereka.

Suspek disyaki menumbuk pipi dan menggigit dada anggota polis berkenaan menyebabkan mangsa mengalami kecederaan bengkak pada mata kiri dan lebam di dada.

Kedua-dua suspek turut mengeluarkan kata kesat terhadap anggota polis yang berusia 30 tahun itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast