Israel Katz. Photo AFP

TEL AVIV – Israel merancang membunuh pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei semasa konflik kedua-dua negara baru-baru ini, namun gagal mengesan keberadaannya.

Menteri Keselamatan, Israel Katz berkata, berikutan itu tiada peluang operasi diperoleh untuk melaksanakan perancangan tersebut.

Dalam temubual dengan Channel 13, Katz yang ditanya mengapa Israel tidak melakukan operasi membunuh Khamenei, beliau memberitahu: “Jika beliau terdedah pada sasaran, kami mungkin telah membunuhnya,”.

Tambah beliau, Israel mencari keberadaan pemimpin itu secara meluas tetapi masih gagal mengetahui kedudukannya semasa peperangan berlaku.

Ditanya sama ada rancangan tersebut dipanjangkan ke peringkat Kabinet, Katz berkata, ia merupakan dasar Perdana Menteri dan beliau.

Beliau berkata, rancangan tersebut tidak memerlukan kelulusan  Amerika Syarikat.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast