Foto Facebook Kelantan Red Warriors (KRW) FC.

KUALA LUMPUR – Bekas penyerang kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha atau lebih dikenali sebagai Matyo sah memperkuatkan bahagian serangan pasukan Kelantan Red Warriors (KRW) FC di Liga A1 Semi-Pro musim ini.

Pengumuman  dibuat di laman media sosial rasmi Kelantan RW yang menyaksikan Norshahrul serta Presiden Kelab, Nik Hafiz Naim bergambar bersama selepas menandatangani kontrak.

Dia yang sebelum ini mengumumkan persaraan pada April tahun lalu telah dilantik sebagai pembantu jurulatih pasukan B-23 KL City musim lalu.

Sebagai rekod, Norshahrul mewakili Harini FT dalam saingan Liga M3 musim 2023.

Sepanjang kariernya, dia pernah menyarung jersi skuad kebangsaan sebanyak 83 kali dan menjaringkan 14 gol dari 2007 hingga 2021.

Bekas bintang Kelantan dan Johor Darul Ta’zim (JDT) yang berusia 39 tahun itu begitu sinonim dengan Pantai Timur itu selepas dia pernah menjadi satu fenomena apabila membawa pasukan itu muncul kuasa bola sepak tanah air suatu ketika dahulu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast