Sejak Jejantas Tun Teja, Peringgit, Melaka dibuka Februari lalu, ia membawa limpahan ekonomi kepada pejaja sekitar apabila dapat beroperasi pada waktu malam selepas lokasi ikonik pelancongan baharu itu semakin mendapat tumpuan pengunjung.

MELAKA – Kerajaan menempelak sikap pembangkang apabila hanya mahu mencari keburukan Jejantas Tun Teja, Peringgit di sini seperti ketajaman mata helang yang cuma mencari bangkai atau keburukan.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) Datuk Shadan Othman berkata, kejadian kebocoran bumbung di jejantas bernilai RM8 juta itu akibat ribut pada malam Sabtu lalu bukanlah bermakna projek itu satu pembaziran.


Sejak Jejantas Tun Teja, Peringgit, Melaka dibuka Februari lalu, ia membawa limpahan ekonomi kepada pejaja sekitar
apabila dapat beroperasi pada waktu malam selepas lokasi ikonik pelancongan baharu itu semakin mendapat tumpuan pengunjung.

Sebaliknya beliau berkata, sejak ianya dibuka Februari lalu, lebih 50 penjaja di kawasan sekitar mendapat limpahan ekonomi apabila dapat beroperasi pada waktu malam selepas lokasi ikonik pelancongan baharu itu semakin mendapat tumpuan pengunjung.

“Memang berlaku kebocoran pada bumbung Jejantas Tun Teja akibat ribut kuat malam Sabtu lalu namun banyak lagi kerosakan yang berlaku kepada rumah penduduk dan penjaja di Banda Hilir pada hari sama yang perlu MBMB utamakan.


Sejak Jejantas Tun Teja, Peringgit, Melaka dibuka Februari lalu, ia membawa limpahan ekonomi kepada pejaja sekitar
apabila dapat beroperasi pada waktu malam selepas lokasi ikonik pelancongan baharu itu semakin mendapat tumpuan pengunjung.

“Malah saya juga telah menyelaraskan kerja-kerja pembaikan bumbung jejantas yang dijangka akan bermula minggu ini atau selewat-lewatnya minggu depan,” katanya kepada MalaysiaGazette di sini hari ini.

Menurutnya, pembangkang tidak seharusnya melihat projek berkenaan dari satu sudut buruk sahaja sebaliknya menilainya secara menyeluruh termasuk kesannya kepada ekonomi setempat.

Shadan Othman

“Pandanglah jejantas ini guna mata hati barulah boleh nampak kebaikan limpahan ekonominya kepada rakyat bukan dari mata helang yang tajam tapi cuma mahu mencari bangkai atau benda yang busuk.

“Buktinya, dulu kawasan jejantas ini ‘mati’, cuma ada dua premis MBMB yang berniaga waktu siang, tapi kini mereka sudah berniaga waktu malam bersama lebih 50 penjaja lain,” tegasnya lagi.

Isnin lalu, MalaysiaGazette melaporkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang, Dr Mohd Aleef Yusof menyifatkan kejadian bumbung jejantas itu yang tular menerusi video berdurasi 18 saat amat memalukan sekali gus membuktikan projek mega bernilai RM8 juta itu satu pembaziran. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. mantap… mmg Tuhan jdkkan pembangkang mcm dr areef ni hanya pandai carik busuk je. x membantu pun

Comments are closed.