KUALA LUMPUR – Kerajaan mengurangkan harga runcit RON97 dan diesel di Semenanjung masing-masing sebanyak 3 sen kepada RM3.18 dan RM2.85 seliter bagi tempoh 3 Julai 2025 hingga 9 Julai 2025.
Manakala harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter.
Kementerian Kewangan berkata, harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan pula kekal pada paras RM2.15 seliter.
Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – MalaysiaGazette
















