DENPASAR – Sekurang-kurangnya 61 penumpang hilang selepas sebuah feri karam di perairan Bali, Indonesia, kata sebuah agensi mencari dan menyelamat.
Feri tersebut karam pada jam 11.20 malam semalam di Selat Bali ketika ia belayar ke pulau peranginan itu dari Surabaya, ujarnya.
“Senarai nama penumpang feri berjumlah 55 penumpang dan 12 anak kapal,” kata agensi yang berpengkalan di Pulau Jawa sambil menambah usaha mencari dan menyelamat sedang dilakukan.
“Feri ini yang disyaki tenggelam pada jam 11.20 malam waktu tempatan juga membawa 22 kenderaan termasuk 14 trak,” katanya.
Dalam kenyataan lain, agensi itu berkata, empat orang berjaya diselamatkan pada awal pagi ini.
Kemalangan marin sering berlaku di Indonesia yang mempunyai 17,000 buah pulau berikutan kelemahan standard keselamatan.
Pada Mac lalu, sebuah bot yang membawa 16 orang karam di perairan Bali menyebabkan seorang wanita warga Australia maut dan sekurang-kurangnua seorang lagi cedera.
Pada 2018, lebih 150 orang lemas apabila sebuah feri tenggelam di sebuah tasik di Sumatra. – AFP
















