Ahmad Murad (tengah) bersama tetamu jemputan Shahrol Azizi Azmi (Sharol Shiro) bergambar kenangan sempena Mesyuarat Agung Kali kelima Kelab Deejay Kluang di Mini Hall Wisma Haji Wahid di Taman Idaman, Kluang hari ini.

KLUANG – Kelab Deejay Kluang mengambil pendekatan tidak akan menaikkan harga perkhidmatan siaraya yang ditawarkannya selepas perluasan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) bermula bulan ini.

Pengerusi Kelab tersebut, Ahmad Murad Ismai berkata, langkah itu diambil sebagai langkah menang-menang antara pihaknya dengan pihak pengguna bagi membolehkan orang ramai khususnya penganjur majlis tidak terbeban.

Katanya, fokus utama pihaknya adalah memberikan perkhidmatan terbaik kepada mereka yang memerlukan perkhidmatan siaraya agar setiap majlis dianjurkan berjalan lancar tanpa sebarang masalah.

“Cukai perkhidmatan akan kami serapkan dalam bayaran yang akan dikenakan kepada pelanggan namun dalam masa sama kos itu tidak akan dinaikkan seperti sebelum ini.

“Ini kerana kami memikirkan kos perlu ditanggung khususnya keluarga yang mengadakan majlis perkahwinan apabila can-caj perkhidmatan seperti sewaan khemah atau dewan apabila perluasan cukai SST dilaksanakan nanti,” katanya.

Ahmad Murad berkata demikian ketika ditemui selepas Mesyuarat Agung Kali Ke Lima Kelab Deejay Kluang di Mini Hall Wisma Haji Wahid di Taman Idaman, di sini hari ini.

Katanya, penjelasan tentang harga perkhidmatan pihaknya sejak ditubuhkan pada 2016 itu menjadi persoalan ramai pihak yang melahirkan rasa kebimbangan dengan perluasan cukai itu namun selepas dilakukan perbincangan dengan ahli kelab dan memutuskan untuk tidak dinaikkan.

Ujarnya, keputusan itu tidak menjejaskan pendapatan semua ahli kerana nilai cukainya terlalu kecil untuk dikenakan kepada orang ramai yang memerlukan perkhidmatan mereka.

“Kami memberikan perkhidmatan bukan hanya memikirkan keuntungan semata-mata kerana apa yang perlu adalah ia dapat memuaskan hati pelanggan selain majlis berjalan lancar,” katanya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast