Lebih daripada 2,000 pengedar Choco Albab di seluruh negara telah menyertai perniagaan berkonsepkan Open Bonet.

KUALA LUMPUR – Saudagaar Asia Sdn Bhd (Saudagaar Asia), pengeluar air coklat jenama terkenal Choco Albab berjaya membantu lebih daripada 2,000 pengedarnya di seluruh negara yang menyertai perniagaan baharu berkonsepkan Open Bonet.

Pengasas dan Ketua Eksekutifnya, Said Saiful Fazli Said Aluwi berkata, pihaknya percaya empayar Choco Albab bukan sahaja mampu berkembang secara komersial malah boleh membantu menjadi pemangkin kepada pembangunan ekonomi rakyat.

Menurut beliau, ini kerana sebahagian daripada pengedarnya itu berjaya meraih pendapatan sehingga RM8,000 sebulan untuk mengubahkan kehidupan mereka.

“Misi kami sangat jelas kerana ingin mewujudkan ekonomi ‘diamond’ yang membantu meningkatkan taraf hidup golongan B40 agar dapat bergerak ke dalam kelompok M40.

“Ketika ini, ramai pengedar kami yang bergantung kepada jualan produk Choco Albab sebagai sumber utama pendapatan mereka,” katanya pada program Rising Star 2025 yang merupakan acara tahunan kali ketiga yang dihadiri oleh 3,000 tetamu, di sini, baru-baru ini.

Konsep ‘Open Bonet’ sebagai satu model perniagaan baharu yang berpotensi besar.

Sebelum ini, Saudagaar Asia memperkenalkan pakej permulaan Open Bonet serendah RM150 yang lengkap dengan bahan asas seperti serbuk minuman, gelas plastik, stiker, penyedut minuman dan banting promosi.

Lebih menarik, pihak syarikat turut menawarkan kursus barista secara percuma kepada pengedar yang berminat untuk meningkatkan kemahiran penyediaan minuman.

Harga jualan minuman Choco Albab di pasaran kini antara RM4.50 hingga RM9 untuk satu pek bergantung kepada jenis dan saiz hidangan.

Mengulas lanjut, Said Saiful berkata, usaha Saudagaar Asia tidak berhenti setakat menjual produk kerana turut membina ekosistem sokongan yang kukuh bagi memastikan setiap pengedar dapat menjalankan perniagaan dengan yakin dan berdaya saing.

“Ramai yang hendak berniaga tetapi kekangan hidup menghalang mereka. Ada yang jaga ibu lumpuh, ada yang suami diberhentikan kerja. Bila dengar kisah-kisah mereka, kami tidak boleh duduk diam untuk membantu mereka,” katanya.

Sementara itu, seorang usahawan, Nur Sabiha Mohd Zailan, 25, turut berkongso perniagaan menjual air coklat dari bonet kereta sejak setahun lalu.

Katanya, kegigihan beliau membuka mata ramai pihak termasuk Saudagaar Asia untuk menjadikan konsep ‘Open Bonet’ sebagai satu model perniagaan baharu yang berpotensi besar. – MalaysiaGazette

Program Rising Star 2025 yang merupakan acara tahunan kali ketiga yang dihadiri oleh 3,000 tetamu baru-baru ini.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast