Sebilangan Pegawai Pengurusan dan Profesional UMS yang menghadiri Team Building PPUMS kendalian Akademi Kenegaraan Malaysia.

KOTA KINABALU – Persatuan Pegawai Pengurusan Dan Profesional Universiti Malaysia Sabah (PPUMS) telah mengadakan Program Team Building baru- baru ini bagi memperkukuh semangat berpasukan serta membina sinergi dalam kalangan pegawai pengurusan dan profesional universiti.

Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Kasim Mansor berkata, program itu antara lain bertujuan untuk meningkatkan hubungan dan jalinan kerjasama dan semangat
berpasukan.

Di samping itu memupuk kesefahaman dan hubungan yang lebih erat antara ahli pasukan melalui pelbagai aktiviti yang memerlukan interaksi dan kerjasama ahli.

“Selain meningkatkan prestasi kerja secara kolektif, program ini turut memperkuat budaya kerja secara positif yang berteraskan kepada prinsip integriti, tanggungjawab dan saling hormat-menghormati dan paling utama melahirkan rasa kepunyaan dan kebersamaan dalam kalangan pegawai terhadap universiti.

“Sesungguhnya program sebegini mampu mengoptimumkan potensi individu dan kumpulan dengan meneroka kekuatan serta gaya kerja setiap ahli untuk
dimanfaatkan dalam membentuk pasukan yang lebih efektif dan seimbang,” katanya ketika merasmikan program tersebut di Pusat Latihan Kenegaraan (PLK) Kundasang.

Kasim percaya entiti seperti persatuan kakitangan mampu menjadi jambatan untuk memastikan kebajikan kakitangan sentiasa terjaga serta isu-isu di tempat kerja dapat diatasi bersama.

Presiden PPUMS, Molly Donna Datuk Awang Sham memaklumkan seramai 76 orang pegawai pengurusan dan profesional UMS daripada pelbagai gred dan skim telah hadir sebagai peserta untuk program yang dijalankan sepanjang dua hari tersebut.

Antara pengisian program adalah komunikasi berkesan, pembentukan pasukan, penyelesaian masalah dan pembuat keputusan, kepimpinan dan tanggungjawab,
kepercayaan dan kebergantungan, motivasi dan nilai organisasi, pengurusan konflik dan empati serta aktiviti luar dan simulasi permainan.

“Pegawai yang berintegriti dan bersatu hati bukan sahaja mampu menggerakkan organisasi, tetapi membina asas kukuh bagi kecemerlangan universiti,” ujar beliau. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast