Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir ketika melawat Pembukaan Semula Galeria Sri Perdana di Galeria Sri Perdana, Jalan Terengganu, Bukit Persekutuan, Kuala Lumpur. Foto MUHAIMIN MARWAN, 10 JULAI 2025

KUALA LUMPUR – Tun Dr. Mahathir Mohamad menyuarakan hasratnya untuk melihat Malaysia kembali mengungguli pentas ekonomi Asia sebagaimana era kegemilangan negara suatu ketika dahulu.

Bercakap dalam satu majlis sempena sambutan hari lahirnya, bekas Perdana Menteri itu mengimbas kenangan manis ketika Malaysia pernah digelar sebagai  Harimau Asia iaitu simbol kepada kekuatan ekonomi dan kemajuan negara.

“Pada hari lahir saya, saya ingin kembali ke zaman ketika Malaysia dikenali sebagai Harimau Asia,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan pembukaan semula Galeria Sri Perdana di sini hari ini.

Beliau menekankan Malaysia masih memiliki kekayaan dan potensi yang besar untuk kembali ke era tersebut, namun ia menuntut pengurusan aset dan sumber yang berkesan.

“Maksud saya, kita boleh lakukannya. Malaysia sangat kaya. Tapi walaupun kita kaya dalam aset, jika kita tidak tahu bagaimana untuk mengembangkan aset itu, menggunakan aset itu, kita tidak akan menjadi kaya,” tambahnya.

Dr Mahathgir juga percaya Malaysia mampu bangkit semula jika rakyat dan kepimpinan negara bersama-sama menumpukan usaha membangunkan negara secara berstrategi dan telus.

“Saya dapat melihat banyak potensi untuk Malaysia dan saya rasa kita boleh menjadi Harimau Asia lagi,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast