Aktiviti mencerap burung bukan sahaja dikenali sebagai satu hobi yang menyeronokkan, malah memberi peluang untuk peminatnya lebih dekat dengan alam semula jadi.

KUALA LUMPUR – Festival Burung Borneo yang dianjurkan setiap tahun akan kembali berlangsung pada 25 hingga 26 Oktober ini di Rainforest Discovery Centre, Sandakan, Sabah.

Ia bakal memberi peluang kepada peminat untuk menyertai acara berkenaan.

Tourism Sabah berkata, festival itu mengumpulkan peminat burung tempatan dan antarabangsa, jurugambar serta pejuang pemuliharaan dalam satu acara penuh semangat untuk meraikan keindahan alam sekitar dan kepelbagaian burung di Sabah.

Agensi negeri itu berkata, di utara pulau Borneo kini terkenal sebagai syurga bagi pencinta burung kerana terdapat lebih daripada 600 spesis burung unik dan sebahagiannya adalah spesies endemik iaitu hanya boleh ditemui di Sabah.

“Keistimewaan Negeri Di Bawah Bayu yang terletak pada kepelbagaian habitat burung, dari pergunungan hutan ke hutan hujan tanah rendah hingga ke kawasan paya menimbulkan minat yang mendalam kepada peminat burung untuk melaksanakan aktiviti memerhati atau mencerap burung.

“Aktiviti berkenaan bukan sahaja dikenali sebagai satu hobi yang menyeronokkan malah memberi peluang untuk peminatnya lebih dekat dengan alam semula jadi,” katanya dalam satu kenyataan.

Festival Burung Borneo yang dianjurkan setiap tahun akan kembali berlangsung pada 25 hingga 26 Oktober 2025 di Rainforest Discovery Centre, Sandakan.

Tourism Sabah memberitahu, mereka yang berminat menyertai pelbagai aktiviti berkaitan burung di negeri itu boleh menghubungi badan-badan seperti Persatuan Pemerhati Burung Sabah (Sabah Birdwatchers Association) atau Borneo Bird Club.

Sabah Tourism berkata, untuk memulakan hobi pemerhatian burung tidak perlu peralatan yang mahal atau rumit, hanya sekadar sebuah teropong 8×42 yang berkualiti selain itu dipadankan lagi dengan panduan lapangan seperti Field Guide to the Birds of Borneo oleh Quentin Phillipps.

Ketika ini, populariti aktiviti memerhati di negeri Sabah menghimpunkan komuniti pemerhati burung yang aktif dan mesra, sentiasa bersedia berkongsi ilmu serta minat mereka. – MalaysiaGazette

Terdapat lebih daripada 600 spesis burung unik dan sebahagiannya adalah spesies endemik iaitu hanya boleh ditemui di Sabah.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast