Seorang peniaga direman tujuh hari bermula hari ini disyaki mencabul, memukul, memijak dan mengurung dua anak tirinya berusia lima dan enam tahun pada dua minggu lalu.
Perintah reman sehingga 20 Julai ke atas lelaki berusia 27 tahun itu dikeluarkan Majistret Dr Teoh Shu Yee di Mahkamah Alor Gajah, Melaka.















