Sebahagian individu peguam dan ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menyertai Perarakan Demi Mempertahankan Kebebasan Kehakiman dari perkarangan Istana Kehakiman, Putrajaya ke Pejabat Perdana Menteri. Foto MUHAIMIN MARWAN, 14 JULAI 2025

PUTRAJAYA – ‘Perarakan Membela Kebebasan Kehakiman’ anjuran Majlis Peguam bermula sekitar pukul 2.30 petang di perkarangan Istana Kehakiman di sini dihadiri lebih 1,000 peserta dari seluruh negara.

Ia termasuklah ahli Majlis Peguam, wakil-wakil NGO, aktivis hak asasi serta tokoh-tokoh terkenal dalam bidang perundangan dan masyarakat sivil.

Perarakan sejauh 2.6 kilometer menuju ke Pejabat Perdana Menteri itu berlangsung secara aman dan simbolik sebagai manifestasi solidariti mempertahankan kebebasan institusi kehakiman negara.

Ia berakhir dengan penyerahan memorandum yang mengandungi empat tuntutan utama kepada wakil kerajaan.

Sebahagian individu peguam dan ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menyertai Perarakan Demi Mempertahankan Kebebasan Kehakiman dari perkarangan Istana Kehakiman, Putrajaya ke Pejabat Perdana Menteri. Foto MUHAIMIN MARWAN, 14 JULAI 2025

 

Turut kelihatan menyertai perarakan itu ialah Timbalan Presiden PKR,  Nurul Izzah Anwar dan suaminya selain bekas Menteri, Tan Sri Rais Yatim; bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas, peguam, Haniff Khatri Abdullah, bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan dan aktivis sosial, Siti Kassim.

Juga kelihatan pimpinan Perikatan Nasional (PN) seperti Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, Datuk Mas Ermiyatie, Datuk Wan Saiful Wan Jan dan ramai lagi.

Sebahagian individu peguam dan ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menyertai Perarakan Demi Mempertahankan Kebebasan Kehakiman dari perkarangan Istana Kehakiman, Putrajaya ke Pejabat Perdana Menteri. Foto MUHAIMIN MARWAN, 14 JULAI 2025

Sebelum ini , Presiden Majlis Peguam Malaysia, Mohamad Ezri Abdul Wahab berkata, perarakan ini bukan semata-mata mewakili suara peguam tetapi rakyat keseluruhannya.

“Apabila kebebasan badan kehakiman menjadi rapuh, seluruh negara menanggung akibatnya. Ini bukan tentang individu, ini tentang mempertahankan institusi dan prinsip asas Perlembagaan,” tegasnya.

Beliau turut menegaskan tindakan itu sah di sisi undang-undang, dan mencerminkan komitmen profesion undang-undang terhadap doktrin pengasingan kuasa serta kedaulatan undang-undang.

Enam tuntutan utama yang dibawa dalam memorandum tersebut ialah pendedahan minit mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC), penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat campur tangan kehakiman.

Juga penyelesaian segera isu kekosongan jawatan kehakiman dan menjamin ketelusan dalam pelantikan ke jawatan tertinggi badan kehakiman.

Ketika artikel ini ditulis, rata-rata peserta yang memakai kot hitam dengan keadaan panas terik sudah berarak hampir satu kilometer dengan laungan ‘bebaskan kehakiman’. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. nurul izzah ni tak layak jadi timbalan presiden pkr. elok letak jawstan secara bermaruah. ianya sangatlah memalukan kerans memberi imej buruk pada parti. dia sendiri tak tau malu kalau memihak kepada perhimpunan. tak tau nakk pikir ke? bodoh

Comments are closed.