Gambar Ahmad Zahid Hamidi.

WELLINGTON – Hasil lawatan kerja ke National Crisis Management Centre (NCMC) di The Beehive Wellington, New Zealand telah membawa keberhasilan sepertimana diharapkan apabila kedua-dua pihak, kata Timbalan Perdana Menteri.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Malaysia dan New Zealand telah menyatakan komitmen bersama untuk memperkukuh kerjasama strategik dalam pengurusan bencana, khususnya melalui pemuktamadan Memorandum Kerjasama (MoC).

Malah MoC tersebut dijangka akan ditandatangani pada Oktober 2025 di Kuala Lumpur sempena Sidang Kemuncak Peringatan 50 Tahun Hubungan Dialog ASEAN–New Zealand, kata Ahmad Zahid dalam kenyataan.

“MoC ini juga akan merangkumi perkongsian maklumat teknikal dan data risiko, latihan, simulasi dan pertukaran kepakaran, pengukuhan kapasiti institusi pengurusan bencana dan kerjasama dalam bantuan kemanusiaan dan tindak balas serantau,” ujarnya.

Hari keempat lawatan kerja ke New Zealand, Ahmad Zahid mengadakan lawatan kerja ke National Crisis Management Centre (NCMC) di The Beehive Wellington.

Rombongan beliau disambut Timbalan Ketua Eksekutif National Emergency Management Agency (NEMA), New Zealand, John Price.

Menurut Ahmad Zahd, pihak NEMA telah memberi memberikan pencerahan mengenai peranan NCMC sebagai pusat operasi nasional 24/7 New Zealand yang berfungsi mengkoordinasikan tindak balas pelbagai agensi terhadap bencana besar seperti gempa bumi, tsunami, kebakaran hutan dan pandemik.

Ahmad Zahid berharap lawatan ini menjadi pemangkin penting kepada pengukuhan rangka kerja kerjasama dua hala dalam kesiapsiagaan bencana, demi memperkukuh keselamatan dan ketahanan serantau dalam menghadapi bencana masa hadapan.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast