Nahas kemalangan membabitkan dua kenderaan Perodua Ativa dengan lori milik FGV mengorbankan Jeffry Juhari Jemadi dalam insiden jam 10 pagi tadi di Bera

BERA – Seorang lelaki disahkan maut dalam nahas kemalangan selepas tercampak dari sebuah kereta jenis Perodua Ativa dengan sebuah lori dalam kejadian di Kilometer 64, Jalan Temerloh – Melati di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Bera, Superintendan Zulkiflee Nazir berkata, ketika insiden, mangsa, Jeffry Juhari Jemadi, 40, dipercayai dalam perjalanan pulang ke Keratong untuk menziarah ayah yang sakit.

Mangsa merupakan Pembantu Penguatkuasa Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam (SWCorp) disahkan maut di lokasi nahas akibat kecederaan parah pada bahagian kepala dan patah kaki sebelah kanan.

”Siasatan awal mendapati dalam nahas pukul 10 pagi itu mangsa dalam perjalanan dari arah Temerloh menghala ke Melati. Setibanya di tempat kejadian, kenderaan dipandu mangsa telah hilang kawalan masuk ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan kenderaan yang sedang dalam perjalanan dari arah Melati menghala ke Temerloh,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Bera untuk proses bedah siasat pukul 5 petang hari ini.

Kes masih dalam siasatan lanjut di bawah bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast