LONDON – Pegawai kesihatan Britain menyeru kanak-kanak diberikan vaksin susulan kematian seorang kanak-kanak akibat campak.
Seruan itu dibuat ketika United Kingdom berdepan dengan serangan maklumat salah mengenai vaksin di media sosial, khususnya dari Amerika Syarikat.
Campak adalah penyakit yang sangat berjangkit yang boleh menyebabkan komplikasi serius dan boleh dicegah melalui suntikan MMR (measles, mumps dan rubella) pada peringkat awal.
Setiausaha Kesihatan Wes Streeting pada 14 Julai mengesahkan kepada Parlimen seorang kanak-kanak telah meninggal dunia di Britain akibat campak.
Tiada butiran telah dikeluarkan, tetapi saluran berita British The Sunday Times dan Liverpool Echo melaporkan kanak-kanak itu telah sakit teruk akibat campak dan masalah kesihatan serius lain di hospital Alder Hey di bandar barat laut Liverpool.
Anti-vaksin dengan cepat menyiarkan dakwaan yang tidak disahkan mengenai kematian kanak-kanak tersebut di media sosial.
Seorang pempengaruh Britain, Ellie Grey, yang mempunyai lebih 200,000 pengikut di Instagram, menyiarkan video menafikan kanak-kanak itu meninggal dunia akibat campak.
“Campak bukan penyakit maut ini… ia tidak berbahaya,” katanya. – Agensi
















