Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Datuk Zakaria Shaaban

PUTRAJAYA – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) sudah menghantar hampir 120 pegawainya untuk mengikuti program khas yang berkaitan aplikasi Kecerdasan Buatan (AI) di beberapa universiti tempatan.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Datuk Zakaria Shaaban berkata, kira-kira tiga atau empat kumpulan terdiri dalam kalangan pegawai JIM sudah dihantar untuk mempelajari kemahiran itu sejak awal tahun ini.

“Kita menyambut saranan Menteri Dalam Negeri malah kita sudah pun menghantar sebahagian pegawai-pegawai kita untuk mengikuti kursus berkaitan dengan aplikasi AI.

“Kita akan merancakkan lagi, dengan saranan Yang Berhormat Menteri tadi untuk memastikan pegawai-pegawai kita kompeten dalam aspek AI.

“Beberapa batch sudah hantar, setiap batch ada 20-30 orang dan setakat ini kita sudah 3-4 batch kita sudah hantar sejak awal tahun ini,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Hari Imigresen 2025 di ibu pejabat JIM, di sini, hari ini.

Terdahulu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menggesa JIM memberi pelepasan kepada pegawai-pegawainya untuk mengikuti program khas AI di universiti tempatan.

Saifuddin berkata, ia bertujuan untuk meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan awam khususnya JIM melalui penguasaan kemahiran teknologi baharu itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast