Wan Muhammad Azri Wan Deris
Wan Muhammad Azri Wan Deris

KUALA LUMPUR – Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai Papagomo mengumumkan untuk bertanding jawatan Exco Pergerakan Pemuda UMNO pada pemilihan parti akhir bulan ini.

Penulis blog itu berkata, jika ditakdirkan menang dalam pertandingan itu, tugas utama beliau ialah membantu Khairy Jamaluddin (yang bertanding Naib Presiden) dan parti keramat UMNO.

“Soal siapa Ketua Pemuda kelak terserah kepada perwakilan. Tetapi untuk kita memenangi hari rakyat kelak ianya adalah tugas berat yang KJ terpaksa pikul,” katanya yang dipetik statusnya menerusi Twitter beliau.

Sehingga hari ini, dua menawarkan diri bertanding Exco Pemuda, iaitu Datuk Armand Azha Abu Hanipah dan Wan Muhammad Azri, manakala bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki akan bertanding jawatan Ketua Pemuda.

Menurut Papagomo, beliau komited mahu membantu Khairy dalam memastikan rakyat kembali menyokong UMNO dan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

Beliau kini adalah Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Wangsa Maju dan Presiden NGO Malaysia Bumiputra Brotherhood. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast