Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas pertuduhan merogol bekas kakak iparnya, dua tahun lalu.

Tertuduh yang berusia 31 tahun meminta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Siti Shakirah Mohtarudin.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa merogol wanita yang berusia 31 tahun, enam bulan (ketika kejadian) di sebuah rumah di Bukit Jalil, di sini pukul 3.30 pagi pada 22 Januari 2023.

Justeru pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara selama tempoh 20 tahun dan sebatan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Zulhilmi Latif tidak menawarkan sebarang jaminan berikutan kesalahan itu tidak boleh dijamin.

“Bagaimanapun jika mahkamah mahu menggunakan budi bicara, pendakwaan mencadangkan jaminan yang tinggi iaitu RM30,000 berserta syarat tambahan iaitu tertuduh perlu melapor diri di balai polis dan tidak mengganggu mangsa sehingga kes selesai,” katanya.

Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 26 Ogos ini bagi sebutan semula kes. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast